Mesyuarat bersama CDM, Asst. CDM dan Head Contingent
Untuk memaklumkan pergerakan seterusnya bagi kontinjen ASGBrunei serta mengkaji ruang-ruang pembaikan yang boleh dilaksanakan sekembali ke Negara Brunei Darussalam. Komiti juga membincangkan peranan negara sebagai tuan rumah acara ASG 2014(?) termasuk pengendalian acara-acara sebelumnya pada 2011.
Aspek penting yang MESTI dibincangkan dan diambil tindakan segera ialah;
1. Durasi persediaan atlit
2. Kekuatan mental atlit di bawah tekanan
3. Pendedahan para atlit di arena antarabangsa.
4. Strategi-strategi yang digunakan untuk kepentingan negara ketika bertanding.
5. Peruntukan-peruntukan yang 'crucial' untuk kelancaran pengendalian acara.
6. Kakitangan yang BERKEBOLEHAN, BERKEMAHIRAN dan dedikasi kepada kepentingan kemajuan atlit. (dari apa yang saya lihat, semua pegawai dan kakitangan yang terlibat memberikan 110% untuk mendapatkan pingat di 2nd ASG ini).
Walaupun masih banyak perkara yang perlu difikirkan, semoga usaha untuk bersatu, bekerjasama tanpa kepentingan sendiri dan niat tulus ikhlas untuk memartabatkan arena sukan negara akan sentiasa wujud. AMIN.
0 comments:
Post a Comment